Selasa, 27 April 2010

jgn bc kalo anda emotional..

Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya.. kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
“Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayah.. cantik kan!” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu Cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam… ” jawap pembantunya ringkas.
“Bagi makan panadol tu,” balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
“Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
“Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
“Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah” kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
“Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
“Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Ahad, 25 April 2010

chi chuck..


td otw nak gi dapur aku terserempak dgn sekor anak cicak atas lantai..
aku mmg pantang nmpk cicak jln2 atas lantai kompem aku nak pijak tros je..
tp biler tgk dier kecik lg raser sian lak nak bunuh cicak 2..
aku terpikir psl sunat membunuh cicak..
aku kompius btol ke kene bunuh cicak or sunat 2 hanya pd hari jumaat je?
aper lg..
wat r research sket..
dan aku nak share sket aper yg aku jumpe psl hukum membunuh cicak ni..

Banyak terdapat hadis tentang hukum membunuh cicak,antaranya:

1.Riwayat dari Ummu Syarik:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruhnya membunuh cicak" 

2.Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah" 

3.Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan,kebajikannya kurang dari yang kedua" 


Saudara boleh rujuk hadis ini dalam Sahih Muslim dalam "Kitab Qatlul Haiyyat"

Ibnu Kathir meriwayatkan dalam kitabnya
"Al-Bidayah Wa Nihayah" bahawa nabi menyuruh
membunuh cicak kerana semasa nabi Ibrahim Alaihissalam dibakar semua binatang cuba utk memadamkan api,sedangkan cicak menghembus utk memarakkan lagi api.

Jadi dari hadis diatas,maka jelas disini bahawa membunuh cicak adalah sunat hukumnya tetapi tidak dikaitkan dengan hari jumaat atau mana2 hari.



lpas aku bc artikel ni stret aku gi carik cicak td..
bliau masih lg berada di tmpt kejadian..
dgn lafaz bismillah aku tros pijak cicak 2..
niat di hati nak bunuh dgn skali pijak je..
tp tgk2 cicak 2 idop lg..
adehhh..
cubaan kedua berjaya membunuh cicak 2..
alhamdulillah..

aku xtau aper penyakit yg boleh dibawa oleh cicak ni..
tp bila aku search psl keburukan cicak ni aku jumpe r blog brader ni duk kutuk2 haiwan bernama cicak ni..

"Menyampah tul aku ngan binatang ni... suka berak merata-rata... Mencecel jer taik dier kat dinding umah.... dinding yang putih dah nampak tompok-tompok itam... suka hati jerr... tak tahu yang aku ni sakit hati....
Paling sakit hati... lepas ambik wuduk... jalan sikit.. dah kelepek atas taik cicak... walupun wuduk tak batal... basuh jer kat tempat yang terkena taik tu... tapi hati tetap rasa sakit...
Selalu jumpa bangkai cicak... mati terkepit kat pintu bilik air.... bapak la busuk... ingatkan apa.. ghupa-ghupa nyer... cicak mati...
Satu lagi perangai buruk cicak ni... kalu boleh nak berak atas kepala orang... Nyaris aku nak terkena...sipi-sipi jerr lagi... tau-tau pelepek ...
Kalu nak cakap pasal keburukan cicak ni memang banyak... pengotor..."


haha..
btol gak aper ckp brader ni..
haiwan ni suka sgt wat mslh..

Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

Nabi menamakan haiwan ini sbg Fuwaisiq (binatang kecil penyeleweng) ..

harap ni dpt menambahkan sdikit ilmu kiter smua..
insyaAllah..


zzZzZ~



asal le slow bebenau internet utp ni??
nak refresh pon stgh jam plg cepat..
naseb baek aku nye internet research dh setel sket..
sian lak kat membe2 laen yg nak guner tenet utk fyp..
ape2 pon mende2 public mmg slow..
so kalo nak cepat guner ar streamyx sndiri..
xleh ke nak guner modem streamyx sndiri?
port tepon ade je..
still dlm persoalan..
wuwuwuwu..
(aku pon xtau naper aku type wuwu 2..)


Isnin, 19 April 2010

robot genius..




Karim adalah seorang profesor terulung..
bliau telah mencipta robot yg boleh mengesan pembohongan..
bliau membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Karim dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang.. Tapi anaknya tidak kunjung pulang..
Sehingga pagi barulah anaknya pulang..

"Kamu dari mana?" tanya Karim..
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya..

*
PLANG

Robot tersebut menampar anaknya..

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! 
Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah..saya baru habis memonton movie di rumah kawan.."
"Cerita apa?"
"Cerita Papadom ayah"

*
PLANG*

"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah..saya tengok cerita lucah.."

Mendengarkan itu marahlah Karim..
"Kamu nie..kecil-kecil dah nakal..kamu nak jadi apa bila besar nanti?! 
Malukan ayah saja perbuatan kamu nie..
Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie..

*
PLANG*

 Karim ditampar oleh robotnya..
Suasana hening untuk beberapa ketika..

Isteri Karim kemudian masuk ke ruang tamu dan teros berkata... 
"Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? 
Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*
PLANG*

Robot menampar isteri Karim sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya..
dan semua terdiam..


langkahsumbang : sumber http://gelihati.blogspot.com/

House MD


salam..
lamer tol xupdate blog..
ni saje2 nak update sblm tido..
haha..
kisah hr ni tentang House..
bkan rumah ye kwn2..
kisah tentang seorg doktor bernama Gregory House..
doktor yg smat tp bermasalah..


bliau stat bermasalah lpas isteri bliau tinggal kan bliau sbb bliau sakit..


dan sbb bliau sakit 2 gak r bliau slalu kene amek vicodin, sjenis obat thn sakit..


quote bliau yg plg smat 'everybody lies..'
haha..


btol aper..
susah kot skang ni nak jumpe org yg btol2 ckp benar 100%..
tgh sakit kronik pon nak tipu2 lg..
so, kalo leh kurg kan r menipu supaya xmnyusahkan org lain..

bliau bekerja dlm dprtment diagnostic utk special case dan ade 3 subordinate..
dr. chase,dr. foreman dan dr. cameron..


sian diorg sbb asek dibuli oleh bos diorg, dr. House..
kalo aku jd diorg dh lame aku carik keje laen..
2 lg watak utama lg adalah dr. cuddy, tuan punya spital yg diorg keje 2..
bliau ni mmg pnyabo dgn sikap dr. house ni..
byk mslh mcm mane pon bliau ttp xkan fired dr. house nih..
lg 1 watak adalah dr. wilson, head dprtment mane ntah..
kamceng giler ngan dr. house dan bliau satu2 nye kwn dr. house..
haha..
xde sape nak kwn ngan dr. house sbb xthn dgn prangai dier..


so aper yg bes ttg citer ni???
bg aku citer ni bgos giler utk tontonan bdak2 medic..
sdikit sbyk bleh r blaja ttg simptom2 pnyakit..
tp bg aku bdak engine, just tgk suka2..
klaka tgk dr. house membuli staf2 nye..


haha..
skang br tgk smpai season 2..
total skang ade 6 season..
jom tgk..!(persuasive sket)
haha..



langkahsumbang : ni bkan citer katun..sajer ltak gmbo2 katun sbb lg klaka bg aku..orait?haha..

Isnin, 5 April 2010

cuci2 mata..

jom cuci mater jap..
kereta buatan malaysia yg smat..

.::PROTON Satria NEO R3::.

























50 limited edition..
20 sudah terbeli..
belen??
xtau baper lg yg tinggal..
harga : plg kurg RM71k
spec??
aku xbaper tau nak story sgt psl spec dier..
kene tanye bdak2 meki..
yg aku tau 135 hp..
yg menarik minat aku kecantikan kete ni..
and of kos aku tau prestasi dier pon cantik..
kene stat kumpol duet nih..
haha..

so wat do u say?