CIA, FBI dan LAPD masing-masing nak membuktikan bahawa mereka adalah yg paling hebat dalam bab-bab menyelesaikan kes jenayah ni. Jadi, si President pun buatlah satu ujian utk mereka.
President melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh
mereka mencarinya.
CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang-binatang sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok-pokok dan batu-batu yg ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yang arnab itu tidak wujud.President melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh
mereka mencarinya.
Sampai giliran FBI pulak. Selepas dua minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yang sudah nasib si arnab tadi untuk mati di dalam hutan itu.
LAPD pulak yg masuk. Mereka keluar dua jam selepas itu dengan seekor beruang yg dah lembik lunyai sebab kena pukul. Beruang itu menjerit,
“OK, OK… aku arnab… aku arnab!!”