Khamis, 14 Oktober 2010

utk kwn2 utp ku..

———- Forwarded message ———-
From: mohamed noor rosli baharom
Date: 2010/10/13
Subject: Re: Msg ringkas from Mr. MNR
To: Mohamad Saiful
Cc:
Assalammualaikum Sdr Saiful.
Semoga sdr sentiasa dirahmati Allah.

Memang benar mesej asal tu dari saya.  Saya berpendapat kita keluarga UTP harus mengambil pendirian tegas dalam hal ini.  Ini adalah kerana ia berkaitan imej dan maruah UTP serta masa depan saudara-saudari sekelian. Dayuslah kita kalau kita hanya berdiam diri setelah ada pihak menyatakan perkara tidak BENAR akan Universiti kita yg kita cintai.

Tetapi saya tidak bermaksud “cyber attack” atau serangan siber spt dlm mesej itu.  Pilihan perkataan itu tidak tepat dan saya sendiri tak faham pengertian istilah tersebut.  Yg saya maksudkan ialah kita semua (MPP, ISC, RM, RCSU, SRM, FiRC, semua badan pelajar serta persatuan dan kelab) mesti menyatakan pendirian kita bahawa kandungan rencana Utusan pada Ahad lepas oleh Cik/Puan Noraini Abd Razak tersebut adalah TIDAK BENAR dan tidak patut diterbitkan setelah pihak UTP telah memohon maaf bagi pihak pelajar yg dipersalahkan oleh Utusan.  Nak apa lagi kalau maaf dah dipinta dan diberi.

Sebagai institusi yang bertanggungjawab kita tidak mahu bermusuh dgn sesiapa pun. Kita nak adakan hubungan baik dengan semua pihak termasuk Utusan dan lain-lain akhbar dan media. Tidak ada faedahnya bermusuh dengan sesiapa pun. kita sentiasa diajar berbuat baik dengan semua insan. Kita juga mesti tegas dalam menegakkan kebenaran dan tidak boleh membiar kita diperbodohkan.

Sesungguhnya rencana Utusan itu telah membentuk persepsi negatif masyarakat, industri serta majikan terhadap UTP.  Setelah 12 tahun kita berusaha membina imej baik UTP di bumi Malaysia dan dunia dengan mudahnya ia dihancurkan oleh pihak yang gagal mengawal emosi marahnya dan rasa dendamnya hanya kerana perbuatan kurang matang seorang pelajar yang nakal tetapi tidak berniat jahat kpd sesiapa.

Oleh kerana rencana itu telah memburukkan UTP, semua keluarga UTP mesti buat pendirian bahawa:

1. Rencana Utusan tersebut adalah tidak benar dan memberi persepsi negatif terhadap UTP.

2.UTP adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang berprestij, dinamik dan sentiasa melahirkan graduan yang serba boleh, berilmu, beriman, bermoral serta berguna kpd masyarakat dan negara.

3. Staf serta pelajar UTP adalah golongan manusia yang berwibawa, bermoral, bertanggungjawab, berpandangan jauh serta patuh kepada Peraturan Universiti dan Perlembagaan Negara.

4. Kita semua sayang dan cinta Universiti Teknologi PETRONAS, Syarikat PETRONAS, penaja-penaja kita, agama dan bangsa kita, kaum keluarga serta rakan-rakan dan negara kita Malaysia.

Kalau perlu karanglah dulu ayat yg hendak dihantar ke Noraini dan Utusan dan dll pihak.  Tetapi jika penyataan rasmi seperti dari MPP, Alumni mesti dapat kelulusan UTP. Jika hantar secara individu ke mana-mana blog / website boleh saja teruskan.

Mesej ini adalah untuk semua pelajar dan alumni UTP dari semua bangsa, agama dan nasionaliti.
Marilah sama-sama tegakkan kebenaran untuk kebaikan UTP.  Buktikan siswa UTP adalah siswa yang matang.

Sekian, terima kasih.  Salam untuk semua.

Mohamed Noor Rosli Bin Baharom
Pengarah Perkhidmatan Pelajar
Universiti Teknologi PETRONAS

P/S Sila sebarkan mesej ini kpd semua pelajar UTP.


get from my fren here..

Tiada ulasan: